1. Suami


Suami atau Pengantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.
Syarat Bagi Lelaki Yang Akan Jadi Suami:
  1. Hendaklah ia (suami) halal nikah dengan perempuan yang akan dinikahinya itu.
  2. Hendaklah nikah itu dengan kemahuannya.
  3. Hendaklah ia (suami) mengetahui akan diri perempuan (isteri) yang akan dinikahinya itu.
  4. Hendaklah ia (suami) tidak dalam ihram kerana mengaerjakan ibadah haji atau umrah.
  5. Hendaklah ia (suami) tidak mempunya empat orang isteri.
  6. Hendaklah nyata ia (suami) itu seorang lelaki.

Leave a comment